CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 31 July 2012








PENGENALAN

          Tabika KEMAS Medan Klebang Restu ditubuhkan pada 02 hb Jun 2004.Pada awalnya. Tabika KEMAS Medan Klebang Restu berada dirumah sewa di No32 Laluan Klebang Restu 32,Medan Klebang Restu,Chemor,Perak.



     Tabika ini diasaskan oleh Tuan Hj Zakaria bt Abdul Rahman yang pada awalnya mempunyai hanya 21 0rang kanak-kanak sahaja.Pada ketika itu Penasihatnya ialah Penyelia Kanan KEMAS iaitu Encik Mohd Shawari b Shafie.Selama lima tahun Tabika ini beroperasi dirumah sewa.

        Namun berkat usaha Pengerusi dan AJK untuk memohon sebuah Bangunan Khas telah tercapai apabila pihak Jabatan KEMAS telah meluluskan permohonan dan mendirikan sebuah Tabika yang lengkap dengan kemudahan asas dan permainan luarnya.




       Selama lima tahun Tabika ini beroperasi di rumah sewa.Menjelang 2008 maka banguanan khas ini telah siap di bina.Sebelum ini hanya satu kelas saja beroperasi,yang mana terdiri daripada 1 orang guru dan seorang pembantu.,tetapi setelah bangunan ini siap kanak-kanak telah mencecah sehingga 110 orang,dan kini telah menjadi empat kelas,iaitu  dua disesi pagi dan dua lagi disesi petang.



TABIKA KEMAS KLEBANG RESTU DIHATIKU

Dengan jumlah guru seramai 4 orang dan juga 4 orang pembantu pemaju masyarakat sukarela.



PERMAINAN KECIL



Adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai perkembangan menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun .
Tiga objektif dominan perkembangan iaitu:
·         Psikomotor
·         Kognitif
·         Efektif
Objektif Permainan kecil
Ø  Mengetahui jenis permaianan kecil
Ø  Mengendalikan asas dalam permainan kecil
Ø  Mengwujudkan keseluruhan dan kepuasan dikalangan kanak-kanak.
Ø  Persaingan dan keyakinan yang sihat.
Ø  Menyemai semangat kerjasama dan perpaduan mengikut kesesuaian ruang.

Ciri-ciri Permaianan kecil :

  •           Ruang yang terhad
  •          Mempunyai syarat
  •     Tumpuan guru melihat kemahiran
  •         Boleh dibuat sebagai aktiviti memanaskan badan.


1.Psikomotor
·         Menghasilkan kertas kerja permainan kecil
·         Melibatkan koordinasi otot-otot,sarat dan imbangan
·         Merekacipta permaianan kecil untuk kanak-kanak
·         Mengaplikasikan pergerakan asas yang dipelajari dalam subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan.

               2.Kognitif
·         Menghasilkan kertas kerja yang bermutu
·         Menyelesaikan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan.
·         Dapat membandingkan permainan kecil dengan permainan tradisonal
·         Dapat mencipta 1 set permainan yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
                3. Efektif
·         Memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan.
·   Belajar membahagikan tugas yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.
· Menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan,kerjasama,kebolehan menyelesaikan diri dan kebolehan memimpin diri kanak-kanak.
·         Membina keyakinan diri.

Makan ketupat daun palas
Makan bersama rendang pedas
Permainan kecil memang tak pernah puas
Otak sihat minda cergas.

Matlamat Permainan kecil
Ø Mengaplikasikan pergerakan asas yang telah dipelajari melalui permainan kecil.
Ø    Membentuk pelajaran yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Ø   Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan ketika beraktiviti.




Assalamualaikum...buat semua...Di Tabika Saya macam-macam permainan kecil yang telah saya ajar kepada anak-anak didik saya,tau..Antara permainan kecil yang telah saya buat ialah...Menggolek dan melereng bola dengan gelung rotan..Sesiapa yang ingin tahu permaianannya ini caranya...

 1.    Menggolek dan melereng bola.

Bilangan Pemain/kanak-kanak =5 orang.dalam 1 kumpulan.
Acara                                           = berkumpulan
Peralatan                                     =bola dan bakul.

Cara-cara permainan.

1.Bola digolekkan ke dalam bakul melalui permukaan padang.
2.Bola digolek dengan peserta pertama,diikuti peserta kedua,ketiga,keempat dan     
   kelima.
3.Setiap kanak-kanak hendaklah memegang sebiji bola.
4.Peserta yang terakhir akan membawa bakul yang berisi bola terus ke garisan 
    penamat.

Langkah-langkah.
1.Menyediakan ruang yang pendek sahaja.
2.Menyediakan peralatan.
3.Hendaklah menggolek dengan cara yang betul supaya bola tepat masuk ke sasaran.
4.Elakkan menggolek terlalu kuat.
5.Semasa melereng mata hendaklah ditumpukan kepada tempat yang hendak dituju,koordinasi matatangan.



Permaianan kecil seperti melereng bola berhalangan juga...Kalau nak tahu anak-anak didik saya suka sangat dengan aktiviti.Ini adalah kerana permainan ini agak mencabar sedikit.Kalau tidak pandai control diri..silap-silap boleh terjatuh tau..Tapi best...

           2 .Melereng gelung rotan berhalangan .

Bilangan pemain: 4 orang/1kumpulan.
Acara: berkumpulan.
Peralatan: Gelung rotan dan kon .

Cara-cara permainan.

1.Kanak-kanak melereng gelung rotan dengan dihalangi kon-kon dihadapan.
2.Semua kanak-kanak hendaklah berada digarisan permulaan.
3.Bermula dengan peserta yang pertama,kedua,ketiga dan keempat.
4.Peserta pertama akan berpatah balik,dan peserta kedua akan meneruskan sehingga ke 
   peserta yang keempat.
5.Peserta yang terakhir akan terus melereng gelung ke garisan penamat.

Langkah-langkah: 

1.Menyediakan ruang yang secukupnya.
2.Menyediakan peralatan.
3.Hendaklah melereng dengan berhati pada setiap halangan kon.
4.Memberi penumpuan koordinasi matatangan dengan sebaik-baiknya.



           3.   Lari membawa aiskerim gergasi.

Bilangan pemain :  I  orang
Acara :  Individu
Peralatan :  kon dan bola saiz sebesar permukaan kon.

Cara-cara permainan:

  • .     Bersedia digarisan permulaan.
  • .     Kon dan bola di letakkan di hadapan individu.
  • .    Membawa kon  dan bola di permukaan kon menjadikan pembentukan objek    seperti ais krim.
  • .     Peserta akan membawa objek ais kerim tersebut berlari dengan berhati-hati supaya bola itu tidak terjatuh dan terus ke garisan penamat.



 4.   Berlari skipping

Bilangan Pemain:  3 orang/1 kumpulan.
Acara:  kumpulan
Peralatan: Skital

Cara –cara Permainan:

1.Berdiri tegak.
2.Skip kearah skital yang diletakkan di hadapan.
3.Peserta pertama akan berpatah balik,dan seterusnya peserta kedua dan ketiga
4.Skip dan menukar arah mengikut susunan skital..
5.Peserta terakhir akan terus ke hadapan ke garisan penamat.

Langkah-langkah:

1.Memastikan tempat aktiviti yang selamat.
2.Kanak-kanak mestilah mengikut teknik yang betul ketika skip.
3.Mendepakan tangan untuk keseimbangan
4.Membengkokkan lutut ketika mendarat.
5.Koordinasi matatangan dan cara menghayun dengan betul.




5.  Lari ulat bulu.


Bilangan pemain:  1 orang/6 orang.
Acara  : berkumpulan./ individu
Alatan permainan:  bola

Cara- cara permainan

1.Bersedia mengikut kumpulan  masing-masing.
2.Bola diletakkan ke perut kanak-kanak dan seolah-olah mencantumkan badan di antara satu sama lain.
3.Rapat dan jangan biarkan bola yang dikapit dengan perut kanak-kanak itu jatuh ke bawah.
4.Bergerak dengan langkah yang sama.terus kegarisan penamat.



6.    Guli


Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain

  • Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya

  • Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya

  • Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

  • Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

  • Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

  • Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.


          7. Tarik upih


 Dulu permainan tarik upihlah permainan yang paling seronok waktu kecil.Permainan tidak perlu mengeluarkan modal,Cuma menunggu upih pinang itu jatuh apabila sudah layu.Kadang-kadang berebut dengan kaum ibu,mana tidaknya mereka perlukan upih ini untuk menyimpan dodol supaya tidak berlapuk dan tahan lama.Manakala kanak-kanaknya digunakan sebagai permainan.

        Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
 Cara permainan
  • Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita.
  • Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
  • Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
  • Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
  • Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.

Pautan luar
         Memori permainan upih ini muncul kembali yang mana sukaneka Tabika saya pada

tahun ini memilih acara tarik upih sebagai salah satu acara dalam sukan tersebut.

8.    Congkak

         Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Permainan ini mudah dan dapat melatih pemain-pemainnya membuat keputusan dengan pantas. Kecekapan mengira dan membuat andaian menjada ciri utama permainan congkak. Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita khasnya gadis-gadis.

         Alat utama permainan ini ialah papan congkak. Papan ini diperbuat daripada kayu keras kira-kira 90 sm panjangnya. Dua baris lubang berukuran 7.0 sm panjang dan 7.0 sm dalam ditebuk di papan itu.

           Lubang-lubang itu dipanggil rumah dan barisan-barisan lubang itu dipanggil kampung. Setiap baris terdiri daripada lima, tujuh atau sembilan rumah. Setiap pemain memiliki rumah yang besar di sebelah kirinya.

      Papan congkak ini diukir dengan cantik menggunakan motif-motif ukiran Melayu tradisional. Antara motif yang digunakan ialah awan larat dan motif daun.

           Bermain congkak mudah sahaja. Dua orang pemain akan bermain congkak dan mereka duduk berhadapan di sisi papan congkak. Pemain hanya perlu mengisi lubang-lubang rumah masing-masing di "kampung" mereka dengan "buah." "Buah-buah" yang digunakan mungkin terdiri daripada kulit-kulit siput, guli, biji-biji asam jawa ataupun getah yang telah dibersihkan.

        Pada awal permainan kesemua lubang itu, kecuali dua lubang di hujungnya diisikan jumlah buah yang sama banyak. Kedua-dua pemain akan memulakan permainan atau 'berjalan' serentak. 


     Pemain-pemain boleh mengambil buah-buah dari mana-mana rumah di dalam kampungnya. Pemain "berjalan" mengikut putaran jam. Dia menjatuhkan sebiji buah ke dalam setiap rumah. Sebiji buah diisikan ke dalam rumah besar di hujung papan congkak.

           Permain-pemain akan terus "berjalan" ke kawasan lawannya. Rumah lawannya di hujung papan congkak tidak perlu diisikan. Pemain terpaksa berhenti ketika buah terakhirnya masuk ke dalam rumah yang kosong. Lawannya akan terus "berjalan" sehingga dia juga mengalami keadaan yang sama. Pemain tadi boleh terus berjalan setelah lawannya "mati" atau buah terakhir sampai ke lubang kosong.

            Sekiranya pemain berhenti di kampung sendiri dan terdapat buah di rumah lawannya dia dikatakan melakukan "tembak' atau "tikam". Buah-buah di dalam rumah lawannya itu boleh dirampas.

         Dalam pusingan berikutnya pemain-pemain mungkin kehilangan rumah kerana tidak cukup buah untuk diisikan. Lubang itu dikatakan "terbakar" dan ditutup untuk sementara waktu.
Permainan ini akan berterusan sehingga semua rumah di dalam kapung salah seorang pemain terbakar. Kedudukan ini dinamakan jadi "abu".

           Pemain-pemain yang cekap akan mengambil masa yang lama untuk mengalahkan antara satu dengan yang lain. Pemain-pemain berkemampuan memulihkan rumah-rumahnya yang "terbakar" dalam pusingan-pusingan seterusnya.

            Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan untuk mengisi masa lapang tetapi dapat melatih pemain-pemain berfikir dan mencongak dengan pantas. Pendidik-pendidik pada hari ini menganggapnya sangat berguna untuk membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak. Permaianan ini digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam pelajaran Matematik.


9.  PERMAINAN PUKUL LALAT

Bahan:

1.Sapu tangan
2.Hanya menggunakan sedikit ruang.

Peraturan:

·         Kanak-kanak membuat bulatan.
·         Jumlah kanak/kanak 10/15 orang.




Cara bermain:

v  Membuat bulatan dalam satu kumpulan.
v  Seorang kanak-kanak dikehendaki memegang saputangan sebagai bahan untuk memukul kanak-kanak yang lain.
v  Kanak-kanak yang disuruh pegang saputangan hendaklah berjalan dalam bulatan yang dibentuk.
v  Kanak-kanak yang berada didalam kumpulan hendaklah memejamkan mata,sambil menyanyi:

Terbang lalat,terbang lalat,hinggap dikaki.
Siapa menguap,siapa menguap tak mandi pagi.

v  Apabila habis saja nyanyian kanak-kanak yang pegang saputangan tadi bolehlah memberi kepada sesiapa saja.
v  Sesiapa yang mendapat giliran memegang saputangan dikehendaki cepat bangun dan akan memukul rakan sebelahnya,sebagai mencari pengganti,begitulah seterusnya.




1o.  Legend tuju kasut


 Haa,,sape biasa main tuju kasut?
Inilah permainan tuju kasut.

  • Hari ni saya nak citer serba sikit permainan fevret saya waktu kecik2 dulu.game ni kita kena main di kawasan lapang sebab kena lari jauh-jauh.tempat paling sesuai: dekat padang la.pemain kena lebih daripada 4 orang.lagi banyak pemain lagi best game ini.dua pasukan akan ditubuhkan.kemudian sebanyak 3 buah selipar digunakan dan dibentuk jadi macam dalam gambar ini.

  • Then bahagikan kepada dua pasukan, pasukan pertama akan tuju selipar itu sehinggalah terjatuh.jarak antara pemain dengan kasut yang hendak dituju lebih kurang 6 meter. (semakin jauh jaraknya,semakin mencabar game ini)

  • Pasukan kedua pula akan bekerjasama membaling selipar yang lain kepada pasukan pertama sejurus selipar yang dituju itu jatuh.sesiapa yang terkena selipar itu akan 'mati' dan terpaksa keluar dari gelanggang permainan.manakala bagi pasukan pertama,mereka dikehendaki menuyusun semula selipar seakan - akan bentuk piramid dan melangkahinya sebanyak tiga kali.sekiranya berjaya,maka pasukan pertama diiktiraf sebagai pemenang.

  • Game ini memerlukan skill mengelak dan skill menyusun selipar berbentu piramid.kalau nak tahu,dulu miera merupakan antara pemain yang hebat !.(haha) siyes tak tipu! Buktinya, team saya yang terdiri daripada gadis-gadis comel selalu mengalahkan team-team budak lelaki.dulu kami la legend tuju kasut nikh. Ngaaa~dah lama tak main game ini.  Dulu, waktu kecik2 dulu,game ini adalah rutin.kalau tak main rasa macam tak sempurna hidup ni.haha.lepas habis kelas kafa,balik tukar baju then terus main game tuju kasut.saya rindukan saat itu.