Tabika KEMAS Medan
Klebang Restu ditubuhkan pada 02 hb Jun 2004.Pada awalnya. Tabika KEMAS Medan
Klebang Restu berada dirumah sewa di No32 Laluan Klebang Restu 32,Medan Klebang
Restu,Chemor,Perak.
Tabika
ini diasaskan oleh Tuan Hj Zakaria bt Abdul Rahman yang pada awalnya mempunyai
hanya 21 0rang kanak-kanak sahaja.Pada ketika itu Penasihatnya ialah Penyelia
Kanan KEMAS iaitu Encik Mohd Shawari b Shafie.Selama lima tahun Tabika ini
beroperasi dirumah sewa.
Namun
berkat usaha Pengerusi dan AJK untuk memohon sebuah Bangunan Khas telah
tercapai apabila pihak Jabatan KEMAS telah meluluskan permohonan dan mendirikan
sebuah Tabika yang lengkap dengan kemudahan asas dan permainan luarnya.
Selama
lima tahun Tabika ini beroperasi di rumah sewa.Menjelang 2008 maka banguanan
khas ini telah siap di bina.Sebelum ini hanya satu kelas saja beroperasi,yang
mana terdiri daripada 1 orang guru dan seorang pembantu.,tetapi setelah
bangunan ini siap kanak-kanak telah mencecah sehingga 110 orang,dan kini telah
menjadi empat kelas,iaitu dua disesi
pagi dan dua lagi disesi petang.
TABIKA KEMAS KLEBANG RESTU DIHATIKU
Dengan
jumlah guru seramai 4 orang dan juga 4 orang pembantu pemaju masyarakat
sukarela.
PERMAINAN KECIL
Adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai perkembangan menyeluruh
menerusi kegiatan jasmani yang tersusun .
Tiga objektif dominan perkembangan iaitu:
·
Psikomotor
·
Kognitif
·
Efektif
Objektif
Permainan kecil
Ø
Mengetahui
jenis permaianan kecil
Ø
Mengendalikan
asas dalam permainan kecil
Ø
Mengwujudkan
keseluruhan dan kepuasan dikalangan kanak-kanak.
Ø
Persaingan
dan keyakinan yang sihat.
Ø
Menyemai
semangat kerjasama dan perpaduan mengikut kesesuaian ruang.
Ciri-ciri Permaianan kecil :
- Ruang yang terhad
- Mempunyai syarat
- Tumpuan guru melihat kemahiran
- Boleh dibuat sebagai aktiviti memanaskan badan.
1.Psikomotor
·
Menghasilkan
kertas kerja permainan kecil
·
Melibatkan
koordinasi otot-otot,sarat dan imbangan
·
Merekacipta
permaianan kecil untuk kanak-kanak
·
Mengaplikasikan
pergerakan asas yang dipelajari dalam subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan.
2.Kognitif
·
Menghasilkan
kertas kerja yang bermutu
·
Menyelesaikan
langkah-langkah permainan serta peraturan permainan.
·
Dapat
membandingkan permainan kecil dengan permainan tradisonal
·
Dapat
mencipta 1 set permainan yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
3. Efektif
·
Memupuk
sikap bekerjasama dalam kumpulan.
· Belajar
membahagikan tugas yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat
pada masanya.
· Menerapkan
nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan,kerjasama,kebolehan menyelesaikan
diri dan kebolehan memimpin diri kanak-kanak.
·
Membina
keyakinan diri.
Makan
ketupat daun palas
Makan
bersama rendang pedas
Permainan
kecil memang tak pernah puas
Otak
sihat minda cergas.
Matlamat
Permainan kecil
Ø Mengaplikasikan
pergerakan asas yang telah dipelajari melalui permainan kecil.
Ø Membentuk
pelajaran yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Ø Memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan ketika beraktiviti.
Assalamualaikum...buat semua...Di Tabika Saya macam-macam permainan
kecil yang telah saya ajar kepada anak-anak didik saya,tau..Antara permainan
kecil yang telah saya buat ialah...Menggolek dan melereng bola dengan gelung
rotan..Sesiapa yang ingin tahu permaianannya ini caranya...
Bilangan Pemain/kanak-kanak =5 orang.dalam 1
kumpulan.
Acara = berkumpulan
Peralatan =bola dan
bakul.
Cara-cara permainan.
1.Bola digolekkan ke dalam bakul melalui
permukaan padang.
2.Bola digolek dengan peserta pertama,diikuti
peserta kedua,ketiga,keempat dan
kelima.
3.Setiap kanak-kanak hendaklah memegang
sebiji bola.
4.Peserta yang terakhir akan membawa bakul
yang berisi bola terus ke garisan
penamat.
Langkah-langkah.
1.Menyediakan ruang yang pendek sahaja.
2.Menyediakan peralatan.
3.Hendaklah menggolek dengan cara yang betul
supaya bola tepat masuk ke sasaran.
4.Elakkan menggolek terlalu kuat.
5.Semasa melereng mata hendaklah ditumpukan
kepada tempat yang hendak dituju,koordinasi matatangan.
Bilangan pemain: 4
orang/1kumpulan.
Acara: berkumpulan.
Peralatan: Gelung rotan
dan kon .
Cara-cara permainan.
1.Kanak-kanak melereng
gelung rotan dengan dihalangi kon-kon dihadapan.
2.Semua kanak-kanak
hendaklah berada digarisan permulaan.
3.Bermula dengan peserta
yang pertama,kedua,ketiga dan keempat.
4.Peserta pertama akan
berpatah balik,dan peserta kedua akan meneruskan sehingga ke
peserta yang keempat.
5.Peserta yang terakhir
akan terus melereng gelung ke garisan penamat.
Langkah-langkah:
1.Menyediakan ruang yang
secukupnya.
2.Menyediakan peralatan.
3.Hendaklah melereng
dengan berhati pada setiap halangan kon.
4.Memberi penumpuan
koordinasi matatangan dengan sebaik-baiknya.
3.
Lari membawa aiskerim gergasi.
Bilangan pemain : I orang
Acara : Individu
Peralatan : kon dan
bola saiz sebesar permukaan kon.
Cara-cara permainan:
- . Bersedia digarisan permulaan.
- . Kon dan bola di letakkan di hadapan individu.
- . Membawa kon dan bola di permukaan kon menjadikan pembentukan objek seperti ais krim.
- . Peserta akan membawa objek ais kerim tersebut berlari dengan berhati-hati supaya bola itu tidak terjatuh dan terus ke garisan penamat.
4. Berlari skipping
Bilangan Pemain: 3
orang/1 kumpulan.
Acara: kumpulan
Peralatan: Skital
Cara –cara Permainan:
1.Berdiri tegak.
2.Skip kearah skital
yang diletakkan di hadapan.
3.Peserta pertama akan
berpatah balik,dan seterusnya peserta kedua dan ketiga
4.Skip dan menukar arah
mengikut susunan skital..
5.Peserta terakhir akan
terus ke hadapan ke garisan penamat.
Langkah-langkah:
1.Memastikan tempat
aktiviti yang selamat.
2.Kanak-kanak mestilah
mengikut teknik yang betul ketika skip.
3.Mendepakan tangan
untuk keseimbangan
4.Membengkokkan lutut
ketika mendarat.
5.Koordinasi matatangan
dan cara menghayun dengan betul.
5. Lari
ulat bulu.
Bilangan pemain: 1
orang/6 orang.
Acara :
berkumpulan./ individu
Alatan permainan:
bola
Cara- cara permainan
1.Bersedia mengikut
kumpulan masing-masing.
2.Bola diletakkan ke
perut kanak-kanak dan seolah-olah mencantumkan badan di antara satu sama lain.
3.Rapat dan jangan
biarkan bola yang dikapit dengan perut kanak-kanak itu jatuh ke bawah.
4.Bergerak dengan
langkah yang sama.terus kegarisan penamat.
6.
Guli
Guli adalah
sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah
liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak.
Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain,
contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk
nostalgia atau warna estetiknya.
Permainan
Permainan guli biasanya
melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan
lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang
digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu
kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan
di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut
dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan
lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar
tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara bermain
- Untuk memulakan permainan setiap
pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli
yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai
pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua
hampir dan seterusnya
- Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua
guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya
jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat
jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua
pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya
- Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan
syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk
terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada
berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini
memudahkan mereka mengawal permainan.
- Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya,
pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke
dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan.
Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain
lain diberikan.
- Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan
dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
- Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang
memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli
miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli
tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang
ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
7. Tarik upih
Dulu
permainan tarik upihlah permainan yang paling seronok waktu kecil.Permainan
tidak perlu mengeluarkan modal,Cuma menunggu upih pinang itu jatuh apabila
sudah layu.Kadang-kadang berebut dengan kaum ibu,mana tidaknya mereka perlukan
upih ini untuk menyimpan dodol supaya tidak berlapuk dan tahan lama.Manakala
kanak-kanaknya digunakan sebagai permainan.
Tarik upih merupakan satu
permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN.
Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya
apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini
jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan
hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Cara permainan
- Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita.
- Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
- Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
- Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
- Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
Pautan luar
Memori permainan upih ini muncul kembali yang mana sukaneka Tabika
saya pada
tahun ini memilih acara tarik upih sebagai
salah satu acara dalam sukan tersebut.
8. Congkak
Congkak ialah permainan yang terkenal di
kalangan masyarakat Melayu. Permainan ini mudah dan dapat melatih pemain-pemainnya
membuat keputusan dengan pantas. Kecekapan mengira dan membuat andaian menjada
ciri utama permainan congkak. Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita khasnya
gadis-gadis.
Alat utama permainan ini ialah papan congkak. Papan ini diperbuat
daripada kayu keras kira-kira 90 sm panjangnya. Dua baris lubang berukuran 7.0
sm panjang dan 7.0 sm dalam ditebuk di papan itu.
Lubang-lubang itu dipanggil rumah dan barisan-barisan lubang itu
dipanggil kampung. Setiap baris terdiri daripada lima, tujuh atau sembilan rumah.
Setiap pemain memiliki rumah yang besar di sebelah kirinya.
Papan congkak ini diukir dengan cantik menggunakan motif-motif ukiran
Melayu tradisional. Antara motif yang digunakan ialah awan larat dan motif
daun.
Bermain congkak mudah sahaja. Dua orang pemain akan bermain congkak dan
mereka duduk berhadapan di sisi papan congkak. Pemain hanya perlu mengisi
lubang-lubang rumah masing-masing di "kampung" mereka dengan
"buah." "Buah-buah" yang digunakan mungkin terdiri daripada
kulit-kulit siput, guli, biji-biji asam jawa ataupun getah yang telah
dibersihkan.
Pada awal permainan kesemua lubang itu, kecuali dua lubang di hujungnya
diisikan jumlah buah yang sama banyak. Kedua-dua pemain akan memulakan
permainan atau 'berjalan' serentak.
Pemain-pemain boleh mengambil buah-buah
dari mana-mana rumah di dalam kampungnya. Pemain "berjalan" mengikut
putaran jam. Dia menjatuhkan sebiji buah ke dalam setiap rumah. Sebiji buah
diisikan ke dalam rumah besar di hujung papan congkak.
Permain-pemain akan terus "berjalan" ke kawasan lawannya. Rumah
lawannya di hujung papan congkak tidak perlu diisikan. Pemain terpaksa berhenti
ketika buah terakhirnya masuk ke dalam rumah yang kosong. Lawannya akan terus
"berjalan" sehingga dia juga mengalami keadaan yang sama. Pemain tadi
boleh terus berjalan setelah lawannya "mati" atau buah terakhir
sampai ke lubang kosong.
Sekiranya pemain berhenti di kampung sendiri dan terdapat buah di rumah
lawannya dia dikatakan melakukan "tembak' atau "tikam".
Buah-buah di dalam rumah lawannya itu boleh dirampas.
Dalam pusingan berikutnya pemain-pemain mungkin kehilangan rumah kerana
tidak cukup buah untuk diisikan. Lubang itu dikatakan "terbakar" dan
ditutup untuk sementara waktu.
Permainan ini akan berterusan sehingga semua rumah di dalam kapung salah
seorang pemain terbakar. Kedudukan ini dinamakan jadi "abu".
Pemain-pemain yang cekap akan mengambil masa yang lama untuk mengalahkan
antara satu dengan yang lain. Pemain-pemain berkemampuan memulihkan
rumah-rumahnya yang "terbakar" dalam pusingan-pusingan seterusnya.
Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan untuk mengisi masa lapang
tetapi dapat melatih pemain-pemain berfikir dan mencongak dengan pantas.
Pendidik-pendidik pada hari ini menganggapnya sangat berguna untuk membantu
perkembangan pemikiran kanak-kanak. Permaianan ini digalakkan untuk digunakan
sebagai alat bantuan mengajar dalam pelajaran Matematik.
9. PERMAINAN
PUKUL LALAT
Bahan:
1.Sapu tangan
2.Hanya menggunakan sedikit ruang.
Peraturan:
·
Kanak-kanak membuat bulatan.
·
Jumlah kanak/kanak 10/15 orang.
Cara
bermain:
v
Membuat bulatan dalam satu kumpulan.
v
Seorang kanak-kanak dikehendaki
memegang saputangan sebagai bahan untuk memukul kanak-kanak yang lain.
v
Kanak-kanak yang disuruh pegang
saputangan hendaklah berjalan dalam bulatan yang dibentuk.
v
Kanak-kanak yang berada didalam
kumpulan hendaklah memejamkan mata,sambil menyanyi:
Terbang
lalat,terbang lalat,hinggap dikaki.
Siapa
menguap,siapa menguap tak mandi pagi.
v
Apabila habis saja nyanyian kanak-kanak
yang pegang saputangan tadi bolehlah memberi kepada sesiapa saja.
v
Sesiapa yang mendapat giliran memegang saputangan
dikehendaki cepat bangun dan akan memukul rakan sebelahnya,sebagai mencari
pengganti,begitulah seterusnya.
1o. Legend tuju kasut
Haa,,sape biasa main tuju kasut?
Inilah permainan tuju kasut.
- Hari ni saya nak citer serba sikit permainan fevret saya waktu kecik2 dulu.game ni kita kena main di kawasan lapang sebab kena lari jauh-jauh.tempat paling sesuai: dekat padang la.pemain kena lebih daripada 4 orang.lagi banyak pemain lagi best game ini.dua pasukan akan ditubuhkan.kemudian sebanyak 3 buah selipar digunakan dan dibentuk jadi macam dalam gambar ini.
- Then bahagikan kepada dua pasukan, pasukan pertama akan tuju selipar itu sehinggalah terjatuh.jarak antara pemain dengan kasut yang hendak dituju lebih kurang 6 meter. (semakin jauh jaraknya,semakin mencabar game ini)
- Pasukan kedua pula akan bekerjasama membaling selipar yang lain kepada pasukan pertama sejurus selipar yang dituju itu jatuh.sesiapa yang terkena selipar itu akan 'mati' dan terpaksa keluar dari gelanggang permainan.manakala bagi pasukan pertama,mereka dikehendaki menuyusun semula selipar seakan - akan bentuk piramid dan melangkahinya sebanyak tiga kali.sekiranya berjaya,maka pasukan pertama diiktiraf sebagai pemenang.
- Game ini memerlukan skill mengelak dan skill menyusun selipar berbentu piramid.kalau nak tahu,dulu miera merupakan antara pemain yang hebat !.(haha) siyes tak tipu! Buktinya, team saya yang terdiri daripada gadis-gadis comel selalu mengalahkan team-team budak lelaki.dulu kami la legend tuju kasut nikh. Ngaaa~dah lama tak main game ini. Dulu, waktu kecik2 dulu,game ini adalah rutin.kalau tak main rasa macam tak sempurna hidup ni.haha.lepas habis kelas kafa,balik tukar baju then terus main game tuju kasut.saya rindukan saat itu.
No comments:
Post a Comment