11. Aci Sorok
Dibeberapa
tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak
lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah
pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan
keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.Jenis permainan luar rumah
dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang.
Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk
pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.
12.PERMAINAN TENG-TENG
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali
sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak
perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan
tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini
kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang.
Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan
memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan
petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu
gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek
yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus
mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai
lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain pertama
harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan
petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak
dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain
seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam
petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang
bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak
tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan
permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak
keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki
melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu
harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka,
harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
13.JAN JAN JALA ITIK
Jan jan jala atau jala
itik/itek merupakan lagu yang
dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu. Lazimnya, permainan ini perlu dimainkan lebih daripada empat
orang. Dua orang akan saling berpaut pada bahu masing-masing atau memegang
tangan masing-masing dan meninggalkan ruang tengah untuk memberi laluan. Pemain
lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu
habis dinyanyikan, pemain yang masih di ruangan tengah itu akan ditangkap dan
dikira kalah dan didenda.
Peraturan Permainan
Tidak perlu
menggunakan banyak ruang.
Bilangan
kanak-kanak 3 orang.
Nyanyian semasa bermain.
jan jan jala
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?
seratus lima puluh
panggil nenek moyang
makan sirih mulut meeeeeerah
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?
seratus lima puluh
panggil nenek moyang
makan sirih mulut meeeeeerah
14.PERMAINAN PERIGI BERACUN
Permainan ini tidak
memerlukan props atau peralatan yang banyak..
Senarai Keperluan :
1.
Bahan atau peralatan (Gelung Rotan)
2.
Tempat : kawasan lapang
3.
Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang
Peraturan Permainan :
·
Mereka yang termasuk dalam perigi
(gelung rotan) semasa tarik menarik akan mati.
Cara Bermain :
1.
Buat beberapa kumpulan kecil yang
mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak.
2.
Kanak-kanak berpegang tangan membentuk bulatan.
3.
Mereka cuba menarik antara satu sama
lain dalam bulatan.
4.
Masing-masing cuba mengelak daripada
terpijak ataupun termasuk dalam bulatan.
5.
Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh
dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan daripada kumpulan.
15.BATU SEREMBAN
Permainan batu seremban tidak mempunyai
modal.Ia boleh menggunakan batu,kain dan sebagainya.
Kumpulan yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang.
Peraturan permainan Batu Seremban
·
Batu Seremban
·
Format Pertandingan
Pertandingan
akan dijalankan secara liga satu pusingan. Setiap pasukan dikehendaki
mengemukakan 2 orang pemain
.
Peraturan Bermain
1.
Setiap pemain bermain 3 pusingan
2.
Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana
buah yang berhampiran
3.
Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung
jatuh ke lantai.
4.
Tiap-tiap satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk
peringkat yang lain.
5.
Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila terdapat sesuatu
kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan
6.
Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di
peringkat ia telah melakukan kesalahan.
Cara menentukan kemenangan
Sesiapa yang telah banyak mengumpulkan mata terlebih dahulu dikira
pemenang.
16.PERMAINAN
GALAH PANJANG
- Permainan ini tidak dimainkan secara
individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan
kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari
seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.
17.PERMAINAN ENJIT-ENJIT
SEMUT
Permainan ini dimulakan
dengan nyanyian dan menyusun tangan antara satu sama yang lain.Lagunya seperti
berikut:
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit
Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit
Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit
Semut , Siapa Sakit , Naik Atas !
Lagu rakyat
yang senang kita ingat , yang tak mungkin kita lupa . Siapa saja yang tak
pernah bermain permainan ini . Lebih ramai lebih meriah . Namun , pernah tak
dulu berfikir motif permainan ini dicipta .
18.PERMAINAN GELANG GETAH
SENARAI KEPERLUAN :
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang
JENIS
PERMAINAN GETAH DAN CARA BERMAIN :
Pemain hanya boleh
melastik,meniup dan melempar getah sahaja dalam setiap pusingan.
TUJUAN
PERMAINAN:
Menguji
kebolehan kanak-kanak dengan melempar dan meniup getah agar mengenai sasaran.
LEMPAR GETAH :
- Setiap pemain ada jumlah getah
yang sama banyak seperti 20 urat.
- Pemain akan melemparkan getah
mengikut giliran.
- Apabila getah yang dilemparkan
bertindih dengan getah yang sedia ada,maka getah tersebut akan menjadi
miliknya.
- Pemain yang dapat mengutip getah
terbanyak akan menjadi pemenang.
TIUP GETAH :
- Getah akan ditaburkan di atas
lantai dan ada jarak antara satu sama lain.
- Pemain akan meniupkan sehingga ia
bertindih dengan getah lain.Getah yang bertindih itu akan menjadi
miliknya.
- Permainan dikira mati apabila
pemain tersentuh getah semasa meniup.
- Giliran akan diberikan kepada
orang lain dengan cara permainan yang sama.
- Pemenang adalah pemain yang
mendapat getah yang paling banyak.
LASTIK GETAH :
Pemain mencacakkan 2 batang lidi di atas tanah kiri dan kanan pada jarak lebih kurang 4 inci.Pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut. Sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah tadi. Pemain akan berdiri dalam jarak 1 ½ meter dan melastik getah tersebut. Getah yang jatuh akan menjadi miliknya. Jika pemain , semasa melastik tidak dapat menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain. Ulang sehingga semua getah yang tersangkut habis dilastik.
Pemain mencacakkan 2 batang lidi di atas tanah kiri dan kanan pada jarak lebih kurang 4 inci.Pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut. Sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah tadi. Pemain akan berdiri dalam jarak 1 ½ meter dan melastik getah tersebut. Getah yang jatuh akan menjadi miliknya. Jika pemain , semasa melastik tidak dapat menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain. Ulang sehingga semua getah yang tersangkut habis dilastik.
19.PERMAINAN PUKU BERAPA DATUK
HARIMAU
CARA PENYEDIAAN PERMAINAN
· Permainan
ini memerlukan sekurang-kurangnya 5/6 orang pemain, di mana salah seorang
daripada pemain akan diundi untuk menjadi Datuk Harimau dan selebihnya akan
menjadi mangsa kepada Datuk Harimau tersebut
.
· Cara undian yang dicadangkan ialah mengambil 5/6 batang
kemuncup yang tidak sama panjang. Cabutan dilakukan.
· Pemain yang mendapat batang kemuncup yang paling pendek
akan menjadi Datuk Harimau.
· Permainan ini perlu dimainkan di padang sekolah atau
tempat yang sesuai yang mempunyai kawasan yang luas agar lebih selesa untuk
mangsa menyelamatkan diri daripada ditangkap Datuk Harimau.
· Kemudian pemain perlu menyediakan tali untu digunakan
sebagai tanda untuk mangsa berada di zon selamat daripada tangkapan Datuk
Harimau
.
· Apabila
semua ini sudah dilakukan, maka permainan ini bolehlah dimainkan.
PERATURAN PERMAINAN ATAU CARA BERMAIN
· Sekiranya
terdapat 11 orang pemain, undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan
menjadi Datuk Harimau.
· Apabila undian sudah dilakukan, maka permainan ini akan
bermula.
· Datuk Harimau akan berjalan di hadapan secara
perlahan-lahan dan diekori pemain lain di belakang. Pemain perlu berhati-hati
mengikut Datuk Harimau.
· Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan
bertanya kepada Datuk Harimau, ”Tuk...tuk...tuk...pukul berapa Datuk
Harimau...?”
· Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab bermula
dari pukul 1.00 hinggalah pukul 12.00.
· Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab ”Pukul 12.00,” Datuk
Harimau akan mengejar semua pemain.
· Pemain berlari melepasi garisan kawasan selamat. Pemain
yang berjaya ditangkap akan menjadi Datuk Harimau.
· Sekiranya Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana
pemain, maka permainan akan diulangi semula.
· Permainan
boleh diberhentikan atas persetujuan semua atau majoroti daripada pemain.
2 20.PERMAINAN
KONDA-KONDI
Konda-kondi
juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan
pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar
kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan
lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan
berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang
dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang
lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung
ke udara, setelah
itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara
itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh
pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian,
semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan
akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal
menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam
lubang ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang
diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya,
jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu
panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu
jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan
mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang
dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian
mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan
baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk
memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu
panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan
yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
edit posting. jangan copy dan terus paste sahaja ke blog
ReplyDelete